Sunday, October 12, 2008

Hari Guru 2008


Bacaan ikrar Hari Guru di Dewan Terbuka..
Untuk semua guru di dunia.., T
"Tanpamu siapalah aku."

Thursday, October 9, 2008

Guru Perkasa

Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih;
buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita
sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri
profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang
profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita
menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa
dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.

Guru yang Profesional

Mula kerja awal pagi

Sedia bergerak awal hari

Mengurus dengan merancang

Ada perancangan & matlamat

Berpakaian secara 'profesional'

Guna waktu luang sebagai waktu 'kerja'

Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesional

Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar

Cari perkara-perkara untuk dipuji

Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan

Sedia buat keputusan dan selesai masalah

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan

Melanggan dan membaca jurnal profesional

Mendapat penghormatan setiap hari

Buat yang terbaik

Kembangsuburkan kerjaya mereka

Rasa dan bertindak 'empowered'

Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan

Belanja wang untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjah

Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat tugas mereka membantu proses ini

Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu profesion paling mulia.

Guru yang tidak Profesional

Mula kerja setelah loceng berbunyi

Sudah pun letih di awal pagi

Mengurus dengan krisis

Ada berbagai alasan

Berpakaian selekeh

Guna waktu luang mengumpat dan mengeji

Komplen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu

Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu

Cari perkara-perkara untuk dikomplen

Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan

Bertanya "Apa patut saya buat?"

Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram

Fikir jurnal profesional sebagai membazirkan wang sahaja

Merungut kerana tidak dapat penghormatan

Buat apa orang lain buat

Bimbang tentang kerja mereka

Rasa dan bertindak seperti mangsa

Tidak sedia belajar atau terima bantuan

Enggan belanja untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjah

Percaya anak didik degil, tidak bertanggungjawab, dan malas

Melihat kerja mengajar sebagai satu kerja dengan gaji lumayan sahaja.

Sunday, October 5, 2008

Pengetua SMK Tunku Putra


En. Teh Cheng Chye

PK Akademik, Pengetua & PK HEM 2008

Dari kiri : Pn. Sa'diah bt Abdul Samad (PK Akademik), En. Teh Cheng Chye (Pengetua) dan Pn. Faridah bt Md Arif (PK HEM)


Saturday, October 4, 2008

Visi & Misi

VISI
SMKTP menjadi sekolah yang sentiasa membentuk insan bersahsiah, terpuji, berketerampilan & berbudaya cemerlang.
MISI
1. Berusaha mewujudkan suasana sekolah yang kondusif.
2.Bergerak secara keterlibatan menyeluruh dengan rasa tanggungjawab.
3.Berusaha membentuk insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi & jasmani sejajar dengan FPK.
4.Meningkatkan kecemerlangan akademik.
5. Menggalakan penglibatan pelajar dalam kegiatan kurikulum & kokurikulum.
6.Memperkenalkan subjek sains&teknologi serta menarik minat pelajar memilih aliran sains.
7.Mengaplikasikan komputer dalam P&P & Pengurusan pentadbiran.
8.Memupuk semangat cintakan sekolah melalui penghayatan Lagu Sekolah & Prinsip kecintaan Sekolah.