Sunday, August 30, 2009

LAMAN WEB RASMI SEKOLAH (OFFICIAL SCHOOL'S WEBSITE)

Makluman:
Sila lawati laman web rasmi SMK Tunku Putra

http://smktunkuputra.com

New science lab building











95% dah siap..kerja-kerja wiring dan pemasangan beberapa perkakasan sedang berjalan. Harap-harap hujung tahun ni bangunan makmal sains ni dah boleh digunakan. Makmal sains yg lama akan dijadikan kelas P&P.
Kawasan tanah dah diturap dan kini menjadi tempat meletak kenderaan guru-guru.


Wednesday, April 8, 2009

Berita mengenai lawatan 03.03.09




Dipaparkan di sini ialah berita mengenai SMK Tunku Putra menerima lawatan daripada delegasi Thailand pada 03.03.09


Usaha kita berbaloi akhirnya...



Berikut merupakan berita mengenai SMK Tunku Putra yang tercetak di dalam akhbar..
Butiran lanjut mengenai mereka yang berjaya akan dipaparkan dalam kemaskini yang berikutnya.

Thursday, March 5, 2009

Antara tetamu yang hadir..(iii)


The Chairman of YSB, Her Highness Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah

Antara tetamu yang hadir..(ii)


HH Dato’ Seri Tunku Soraya

Antara tetamu yang hadir.


Puteri-puteri SMK Tunku Putra


turut mewarnai suasana pada hari tersebut.

Hari bersejarah buat SMK Tunku Putra (iii)


Persembahan tarian kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan Kota Mahsuri, Langkawi

Hari bersejarah buat SMK Tunku Putra (ii)


HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn menuju ke Dewan Geopark untuk acara yang seterusnya..Turut mengiringi, Mr Teh Cheng Chye dan Dato' Alimudin Mohd Dom

Hari bersejarah buat SMK Tunku Putra


En. Teh Cheng Chye mengiringi Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Alimudin Mohd Dom ke Dewan Geopark, SMKTP.

Tuesday, March 3, 2009

Selamat Datang..


Akhirnya hari yang dinanti-nati menjadi realiti. segala perancangan dan usaha diberkati Allah. Untuk menggambarkan indahnya hari ini (03.03.09), biarlah gambar menceritakan segalanya..

P/S: proses memasukkan gambar mengambil masa, akan diusahakan supaya gambar2 tsbt dapat di uploadkan.

Monday, March 2, 2009

Persiapan menjelang 03.03.09 (iii)


Bilik PPDa diceriakan kembali dengan penuh semangat...Selamanya JOHAN !!

Persiapan menjelang 03.03.09 (ii)


bahagian penerangan Geopark sibuk menguruskan ruang pameran di Bilik Seminar.

Persiapan menjelang 03.03.09


Keadaan sibuk di Dewan Tertutup..

Thursday, February 26, 2009

Tarikh dinanti... 03.03.09



Kini SMK Tunku Putra dalam proses menyediakan dirinya ke tahap terbaik ekoran kehadiran rombongan kerabat Diraja Negara Thailand pada tarikh 03 march 2009.
Lawatan bersejarah ini bakal membuka lembaran baru dalam kalendar sejarah SMK Tunku Putra dan akan dikenang sampai bila-bila.
Dewan Tertutup, DewanTerbuka, Bilik Mesyuarat, Pusat RnD dan kawasan sekolah amnya, di cat semula dengan warna yang melambangkan daulat diraja.
SMK Tunku Putra juga menjadi 'Sekolah Geopark" di Langkawi. Kini boleh dikatakan demam Geopark mula melanda warga SMKTP.. Kelas2 dihias bersesuaian dengan tema Geopark.


Berikut ialah gambar yang diambil semasa membuat persiapan sambutan ini..




Wednesday, January 14, 2009

SELAMAT DATANG 2009


Awal tahun 2009 nama SMK Tunku Putra sekali lagi mencatat sejarah di dada akhbar apabila berita mengenai pencapaian pelajar PMR 2008. Merujuk kepada akhbar Metro bertarikh (beri masa jap nak cari paper tu...) pada mukasurat ... dapat dilihat gambar beberapa orang pelajar sekolah ini yang berjaya mencapai 9A pada PMR 2008.
Hopefully, tahun 2009, sekolah kesayangan kita ni akan lebih maju dalam semua bidang. Sudah menjadi adat, yang lama berganti baru, terdapat beberapa orang guru yang berpindah. Seperti yang dikatakan oleh Mr Teh dalam mesyuarat guru yang pertama pada 04 jan 2009, seramai 14 orang guru dapat berpindah mengajar di luar Langkawi. Dan sekolah akan menerima kemasukan banyak guru baru tahun ini. Hari ni saja, sesi pagi dapat 4 orang guru, manakala sesi petang 5 orang guru baru.
Kepada guru baru, Selamat Datang menyertai Warga SMKTP..bagi guru 'lama' ...termasuk saya :-), kita baja semula keazaman untuk meningkatkan prestasi anak murid tercinta, sekolah tersayang dan lebih penting, diri guru sendiri. Kalau cikgu demam dan MC, jawabnya murid dan sekolah pun demam jugak...
Kepada bekas guru SMK Tunku Putra yang melayari blog ini, "Jasamu Dikenang".. Sebarang salah dan silap, jika ada sesama kita, harap maafkan. Kami di sini doakan yang terbaik untuk anda di sana. Terima kasih...