Wednesday, November 5, 2008

Perhatian...Bekas Pelajar SMKTP !!!

PAda 28 Januari 2009, bertempat di Dewan Mahsuri, Langkawi, sambutan Jubli Emas SMK Tunku Putra akan diadakan dengan gemilangnya.
Kepada bekas pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada perayaan ini, sila hubungi smktunkuputra@gmail.com atau hubungi 04-9551384 (pejabat sekolah).
Jika anda menyimpan sebarang dokumentasi mengenai SMKTP sama ada dalam bentuk foto, video, majalah, keratan akhbar dan sebagainya, diharapkan dapat berkongsi dengan urusetia Sambutan Jubli Emas bagi tujuan penghasilan 'Sejarah SMKTP' yang akan diterbitkan pada hari perasmian tersebut.
Tetamu kehormat adalah TPM, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Terima kasih.

Runtuh..


Pada 06 okt 2008, guru dan pelajar dikejutkan dengan kejadian bumbung yang runtuh pada Blok B. Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam. Untung tiada sesiapa yang cedera, baik manusia atau pun harta benda. Kebiasaannya, guru-guru akan meletakkan kereta berhadapan dengan bangunan tersebut.
Dalam masa seminggu, ia telah diperbaiki.
Punca ? Keusangan papan cantik, yang menjadi penyokong kepada bumbung tersebut. Ianya telah reput dan tidak lagi mampu menahan berat bumbung tersebut.
Tn. Hj Idris bersama 3 orang pekerja sedang berbincang untuk mengatasi masalah ini.
Untuk pengetahuan semua, bangunan ini berusia 50 tahun pada Januari 2009.