Wednesday, January 14, 2009

SELAMAT DATANG 2009


Awal tahun 2009 nama SMK Tunku Putra sekali lagi mencatat sejarah di dada akhbar apabila berita mengenai pencapaian pelajar PMR 2008. Merujuk kepada akhbar Metro bertarikh (beri masa jap nak cari paper tu...) pada mukasurat ... dapat dilihat gambar beberapa orang pelajar sekolah ini yang berjaya mencapai 9A pada PMR 2008.
Hopefully, tahun 2009, sekolah kesayangan kita ni akan lebih maju dalam semua bidang. Sudah menjadi adat, yang lama berganti baru, terdapat beberapa orang guru yang berpindah. Seperti yang dikatakan oleh Mr Teh dalam mesyuarat guru yang pertama pada 04 jan 2009, seramai 14 orang guru dapat berpindah mengajar di luar Langkawi. Dan sekolah akan menerima kemasukan banyak guru baru tahun ini. Hari ni saja, sesi pagi dapat 4 orang guru, manakala sesi petang 5 orang guru baru.
Kepada guru baru, Selamat Datang menyertai Warga SMKTP..bagi guru 'lama' ...termasuk saya :-), kita baja semula keazaman untuk meningkatkan prestasi anak murid tercinta, sekolah tersayang dan lebih penting, diri guru sendiri. Kalau cikgu demam dan MC, jawabnya murid dan sekolah pun demam jugak...
Kepada bekas guru SMK Tunku Putra yang melayari blog ini, "Jasamu Dikenang".. Sebarang salah dan silap, jika ada sesama kita, harap maafkan. Kami di sini doakan yang terbaik untuk anda di sana. Terima kasih...