Friday, September 19, 2008

Di sini bermula...

SMK Tunku Putra berasal dari Sekolah Rendah Inggeris. Sekolah ini bermula pada 5 Januari 1958 dengan penuntut seramai 33 orang. Ia merupakan sekolah rendah aliran Inggeris yang pertama di langkawi. Sekolah Inggeris tersebut telah ditutup pada tahun 1964 kerana kekurangan pelajar.
Pada tahun 1967, Sekolah Rendah Inggeris ini dibuka dengan nama Sekolah Menengah Anika Jurusan. Seterusnya pada tahun 1967 juga, sekolah ini ditukarkan namanya menjadi Sekolah Menengah Padang Matsirat.
Pada 8 Mei 1969, nama Sekolah Menengah Padang Matsirat ini, sekali lagi ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tunku putra. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Nama Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih sebagai memperingati jasa beliau kepada negara amnya dan penduduk Langkawi khususnya. Yang Teramat Mulia Tunku mempunyai hubungan istimewa dengan langkawi kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai daerah Langkawi pada tahun 1934 dan 1935. Seterusnya dari tahun 1959 sehingga 1970, Yang Teramat Mulia Tunku menjadi Ahli Dewan Rakyat kawasan Kuala Kedah - Langkawi.
Pada tahun 1997, selaras dengan perkembangan pendidikan seluruh negara, sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.

1 comment:

abstopper said...

sejarah kurang tepat sikit, boleh komen ke.